Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengumuman Seluruh Kawasan Pantai Di Semenjung Tanah Melayu Dan Singapura Diisyiharkan Kawasan Keselamatan Di Bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri

Pada hari ini dalam tahun 1967, pengumuman telah dibuat mengenai seluruh kawasan pantai di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan di bawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri. Kawasan yang meliputi undang-undang ini iaitu dua batu ke darat daripada pantai dan tiga batu ke luar perairan wilayah. Akibat daripada wujudnya konfrantasi dengan Indonesia, penduduk yang berada di sekitar kawasan yang diliputi oleh undang-undang tersebut diminta  supaya membawa kad pengenalan. Jika tidak pihak polis terpaksa menggari mereka dan dibawa ke Balai Polis untuk dikenalpasti. Usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini selain daripada memudahkan tugas mengawal keselamatan kawasan sempadan negara, juga bertujuan menggalakkan sikap membawa kad pengenalan apabila keluar daripada rumah. Undang-undang memainkan peranan yang penting bagi melaksanakana sesuatu peraturan yang telah dikuatkuasakan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768