Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENGUMUMAN UNDANG-UNDANG BARU BAGI IMIGRESEN MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1963, peraturan-peraturan baru dalam Undang-undang Imigresen di Malaysia, diumumkan. Undang-undang baru itu merupakan lanjutan dari penyesuaian Ordinan Imigresen 1959 dengan beberapa pindaan setelah pembentukan Malaysia 1963. Undang-undang baru itu telah dibaca buat pertama kalinya dalam Dewan Rakyat dan seterusnya diluluskan. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Akta Imigresen 1963 dan mestilah ditafsirkan bersama-sama dengan Ordinan Imigresen 1959. Di antara lain, peraturan-peraturan baru tersebut telah menghuraikan mengenai pas masuk yang diwajibkan untuk seseorang bukan warganegara sebelum masuk ke Malaysia. Pas yang diberikan itu hanya sah selama dua tahun sahaja dan boleh dibatalkan sekiranya pemegang dianggap membahayakan keselamatan umum. Dengan pengumuman undang-undang baru bagi Imigresen Malaysia ini, peraturan-peraturan Imigresen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768