Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dan Perusahaan

Pada hari ini dalam tahun 1972, Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan. Bahagian ini ditubuhkan dengan tujuan untuk melaksanakan beberapa undang-undang yang berkaitan dengan amalan perdagangan dan perlindungan pengguna. Objektif bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Menstabil harga barang-barang terutama sekali barang-barang keperluan harian
  • Melindungi pengguna daripada ditipu dan diperah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab
  • Mencegah amalan-amalan yang buruk dalam bidang perdagangan dan perindustrian
  • Mendapat, mengawal dan membekal barang-barang keperluan dalam masa darurat

Untuk mencapai objektif tersebut maka Bahagian Penguatkuasa telah ditugas untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan undang-undang yang berikut:

  • Ordinan Kawalan Harga, 1946
  • Akta Kawalan Bekalan, 1961
  • Akta Sewa Beli 1967
  • Akta Timbang dan Sukat 1972
  • Akta Perihal Dagangan 1972 dan lain-lain undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan pengguna dan pekedai-pekedai

Untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada bahagian ini maka Bahagian Penguatkuasa kini mempunyai 18 orang merinyu yang telah ditugaskan di seluruh negara. Dengan penubuhan Bahagian Penguatkuasa di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada hari ini dalam tahun 1972 maka bahagian ini akan dapat melindungi kepentingan pengguna melalui pentadbiran undang-undang yang mengawal amalan perdagangan. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768