Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Dewan Persuratan Melayu Pahang

Pada hari ini dalam tahun 1957, Dewan Persuratan Melayu Pahangtelah ditubuhkan secara rasmidi Sekolah Perempuan Melayu Temerloh.Kira-kira 40 orang penulis dan peminat bahasa seluruh Pahang telah menghadiri majlis penubuhan ini.Dewan Pesuratan Melayu Pahang ditubuhkan untuk mengisi kekosongan arena kesusasteraan Pahang dengan terhentinya kegiatan Angkatan Tenaga Sasterawan.Angkatan Tenaga Sasterawan merupakan sebuah badan penulis muda yang bergiat cergas sebelum ini.Dengan terhentinya badan ini tidak bermakna cita-cita penulis muda negeri Pahang turut terkubur. Negeri Pahang kaya dengan pusaka lama dan penuh dengan sejarah kegemilangan dan peristiwa-peristiwa yang berhubung dengan kesusasteraan Melayu. Negeri ini juga telah berjaya melahirkan ramai ahli kesusasteraan yang terkenal tetapi masyhur di tempat lain seperti Ishak Hj. Mohd, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahim Kajai dan Keris Mas. Sehubungan penubuhan dewan ini, mesyuarat telah melantik Encik Mohd. Taib bin Akil sebagai Pengerusi, Encik Abd. Rahman Mohd sebagai Setiausaha dan Encik Jazmal sebagai Bendahari. 5 orang Ahli Jawatankuasa turut dilantik iaitu Encik Khalid Hj. Ahmad, Encik Jaafar Awang Pekan, Encik Wan Ahmad Tajuddin, Encik Abdul Hamid danEncik Hassan Hj. Bakar.Dengan tertubuhnya Dewan Persuratan Melayu Pahang pada hari ini dalam tahun 1957, dapatlah semua tenaga kesusasteraan di Negeri Pahang bergabung untuk meningkatkan lagi mutu sastera tanah air.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768