Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Pada hari ini dalam tahun 1948, Konvensyen Pelajar-Pelajar Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah membuat ketetapan bersetuju menubuhkan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung yang lebih dikenali dengan singkatan GPMS.  Penubuhan GPMS ini telah digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Raffles College dan Kolej Perubatan King Edward di Singapura, iaitu Abdul Wahab Ariff, Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid, Hasnah Mohd. Ali (seorang siswi perubatan) dan Aminuddin Baki selaku ketua. Merekalah yang bertanggungjawab menganjurkan konvensyen itu dan seterusnya bertanggungjawab terhadap penubuhan Jawatankuasa Sementara GPMS. GPMS telah ditubuhkan atas dasar kebangsaan Melayu dan Agama Islam yang lahir dari rasa:

  • SEDAR atas perlunya disatukan tenaga pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu;
  • SEDAR akan kemunduran bangsa Melayu dalam ilmu pengetahuan;
  • SEDAR terhadap kewajipan untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa; dan
  • SEDAR bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa adalah ditangan pelajar.

Gabungan pelajar ini merupakan sebuah persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara ini dan segala perjuangannya sebelum merdeka merupakan sebahagian dari gerakan nasionalisme negara ini. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768