Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

25
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Hizbul Muslimin

Pada hari ini dalam tahun 1948, tertubuhlah Parti Islam yang dikenali sebagai Hizbul Muslimin. Penubuhan Hizbul Muslimin adalah hasil dari satu persidangan yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang, wakil berbagai pertubuhan politik seperti SEBERKAS, PKMM, API, Lembaga Kesatuan Melayu Johor MDU (Malayan Democratic Union) dan lain-lain yang dianjurkan oleh Persatuan Al Ahya’ di Madrasah Ahya’ Al Sharif, Gunung Semanggol pada 13 – 16 Mac 1948. Dalam persidangan ini beberapa perkara yang berkaitan dengan masa depan orang-orang Melayu telah dibincangkan. Ini termasuklah soal politik, ekonomi dan pendidikan.  Dalam perbincangan yang berkatian dengan politik yang diadakan pada hari keduanya, satu resolusi telah dicapai iaitu satu parti politik Islam hendaklah ditubuhkan dengan nama Hizbul Muslimin.  Matlamat perjuangan parti ini ialah untuk memperjuangkan kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, mencipta masyarakat yang berdasarkan Islam dan mencapai cita-cita Islam bagi Tanah Melayu, melaksanakan kebebasan mencetak, bersidang, berfikir dan mengeluarkan fikiran, membanyakkan sekolah rakyat, mengadakan pelajaran yang selaras dengan tuntutan zaman, memperbaiki cara hidup orang-orang Melayu dengan aturan Islam.  Setelah penubuhannya, Jawatankuasa parti ini telah mengadakan kempen penerangan bagi seluruh Tanah Melayu.  Hingga akhirnya tertubuhnya cawangan disetiap negeri di Tanah Melayu.  Penubuhan parti ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat Melayu.  Bagaimanapun pihak Inggeris telah memandang berat akan penubuhannya dan menganggapnya sebagai membahayakan kedudukan Inggeris.  Oleh yang demikian pemerintah Inggeris telah mengambil tindakan menangkap Ketua Umumnya pada 29 Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat Negara.  Bersama-sama dengan tokoh-tokoh politik lain, termasuklah pemimpin-pemimpin PKMM, apabila darurat diisytiharkan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768