Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Il-Ihya Assyariff Gunung Semanggol

Pada hari ini dalam tahun 1934, Maahad Il-Ihya Assyariff telah ditubuhkan di Gunung Semanggol dalam daerah Krian, Perak. Penubuhannya ini, lahir daripada cita-cita untuk mendirikan sebuah madrasah yang lebih maju di masa itu supaya dapat membentuk umat Islam yang kuat anutannya dan lebih berdikari. Ustaz Abu-Bakar Al-Bakir  (Pengetua yang pertama), Ustaz Abdul Rahman, Penghulu Haji Abdul Manaf dan Ketua-ketua Kampung serta pihak masjid di daerah tersebut telah memainkan peranan yang penting di dalam usaha menubuhkan madrasah Il-Ihya Assyarif ini. Bangunan asal madrasah ini ialah sebuah bangunan kedai empat pintu, dua tingkat yang telah diubahsuaikan. Madrasah ini dengan persetujuan ramai, telah diberi nama Il-Ihya Assyariff yang bererti ‘menghidupkan’ kemuliaan. Pada peringkat awalnya madrasah ini menjadi tempat untuk memajukan pelajaran terutamanya di kalangan anak-anak tempatan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768