Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENUBUHAN JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 2006, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi penubuhan Jabatan Taman Laut Malaysia atau nama singkatannya MPM. MPM akan bertanggung-jawab mengurus dan mentadbir kawasan-kawasan Perlindungan Marin Negara terutamanya kawasan Taman-Taman Laut Malaysia. Matlamat utama penubuhan MPM adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhannya. Dengan penubuhan Jabatan  Taman Laut ini diharap akan dapat menerapkan kefahaman di kalangan penduduk Malaysia untuk bersama-sama melindungi ekosistem marin daripada gangguan dan kerosakan untuk generasi akan datang.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768