Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Jemaah Menteri Perang Malaya

Pada hari ini dalam tahun 1950, Jemaah Menteri Perang Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan dipengerusikan oleh Lt. Jen. Sir Harold Briggs, Pengarah Operasi Persekutuan Tanah Melayu. lanya ditubuhkan semasa darurat untuk memerangi pengganas komunis di Malaya. Di dalam ucapannya Lt. Jen. Briggs menyatakan matlamat utama penubuhan Jemaah Menteri Perang ini adalah untuk menyatukan gerakan anti-pengganas komunis, menghapuskan fahaman komunis di Malaya dan mentadbirkan kawasan-kawasan putih yang dulunya dipengaruhi komunis. Untuk memastikan kejayaan rancangan ini Pegawai-pegawai Kerajaan dan Polis telah ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu. Mereka juga bertanggungjawab dalam pergerakan dan pemindahan semula penduduk.

Semenjak penubuhan jemaah Menteri Perang ini, pasukan keselamatan telah mencapai kejayaan cemerlang apabila mereka berjaya membunuh seramai 639 orang pengganas komunis dan menawan 491 orang. Sir Briggs juga berkata bahawa polisi am dan langkah perang adalah amat dititikberatkan dan segala apa yang akan digunakan untuk membenteras komunisme hingga ke akar umbi mestilah disegerakan. Sungguhpun demikian 'martial law' tidak diperlukan kerana perlaksanaannya memerlukan mahkamah militer tambahan pula undang-undang yang ada memadai serta sesuai dengan keadaan dan masa. Penubuhan Jemaah Menteri Perang Malaya pada hari ini dalam tahun 1950, telah mencapai kejayaan cemerlang dalam usaha untuk memerangi pengganas komunis. Dengan keberanian pasukan keselamatan dan kerjasama orang ramai gerakan pengganas komunis telah dapat dilumpuhkan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768