Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Kelab Golf Selangor

Pada hari ini dalam tahun 1893, Kelab Golf Selangor telah ditubuhkan.Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh 'Selangor Journal' mengenainya dan mempelawa mereka yang berminat menyertai kelab itu yang terletak di Kuala Lumpur.Berikutan itu, pada 21 Januari 1893, satu mesyuarat telah diadakan untuk memulakan aktiviti kelab itu yang diilhamkan oleh ‘Glassford’Bersaudara yang terdiri daripada Clem, John, Kit dan Meikle. Dalam mesyuarat tersebut perkara utama yang dibincangkan ialah untuk mengenal pasti dan menentukan tempat atau kawasan untuk dijadikan padang golf yang sesuai. Persetujuan telah dibuat untuk menjadikan kawasan Bukit Petaling sebagai kawasan padang golf dan pada tahun 1893 ‘Glassford’ Bersaudara dan A.T.D. Berrington menguruskan pembinaan padang golf tersebut. Tugas ini kemudiannya telah disambung dan diambil alih oleh Ketua Hakim Negeri Selangor sehingga siap pembinaannya.Semasa kelab itu dirasmikan ia hanya mempunyai keanggotaan seramai 30 orang pengasas. Manakala bayaran yuran bulanan ahlinya pada masa itu cuma 50 sen dan yuran masuknya $5. Sekitar tahun 1942 iaitu semasa Perang Dunia Kedua segala aktiviti berkaitan dengan golf telah diberhentikan sementara kerana  kawasan tersebut telah dijadikan sebagai sebuah sekolah Tentera dan kawasan pertanian ubi kayu, pisang dan sayur-sayuran. Kini kelab itu dikenali sebagai Kelab Golf Di Raja Selangor. Ahli-ahli kelab pula kebanyakannya terdiri daripada keluarga Di Raja, ahli-ahli politik dan ketua-ketua pentadbir kerajaan dan swasta. Penubuhan kelab tersebut merupakan yang terawal dalam sejarah perkembangan sukan golf di negara ini.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768