Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENUBUHAN KURSI UNGKU AZIZ DAN PUSAT KAJIAN KEMISKINAN DAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI MALAYA

Pada hari ini dalam tahun 2006, YAB Perdana Menteri,  Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merasmikan Kursi Profesor DiRaja Ungku Aziz dan Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya (PKKPUM) di Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.  Pusat tersebut ditubuhkan selaras dengan kewujudan Kursi Profesor DiRaja Ungku Aziz, yang berperanan dalam merangka pelbagai strategi dan metodologi baru mengenai kajian kemiskinan, malah bakal menjadi pusat rujukan cerdik pandai dari dalam dan luar negara dalam kajian kemiskinan. Selain itu, pusat ini juga membantu meningkatkan proses pendapatan maklumat berkaitan masyarakat luar bandar dan golongan miskin yang mampu menyumbang ke arah pembinaan kapasiti kawasan luar bandar, terutama di kalangan golongan miskin. Kursi Profesor DiRaja Ungku Aziz diwujudkan bagi menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh tokoh berkenaan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. 

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768