Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian

Pada hari ini dalam tahun 1969, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang telah ditubuhkan.Tujuan utama penubuhan lembaga ini ialah untuk menjalankan usaha-usaha pembangunan tanah dan perusahaan-perusahaan lain yang berkaitan dengan pertanian yang sesuai mengikut kehendak dan kemahuan Kerajaan Negeri.Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh lembaga ini ialah melaksanakan rancangan tanah pinggir, rancangan pembangunan ladang kecil, Rancangan Tanah Pemuda dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan.Lembaga juga bertanggungjawab dalam pengurusan Rancangan Tanah Kelompok yang merupakan usaha memberi hak milik secara berperancangan di samping menampung pelupusan tanah yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pembangunan tanah Kerajaan. Diharap dengan penubuhan lembaga ini akan dapat memperbaiki keadaan ekonomi rakyat yang miskin serta mampu menyumbang kepada usaha membasmi kemiskinan di kalangan rakyat di negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768