Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Majlis Kebajikan Hal Ehwal Orang Asli

Pada hari ini dalam tahun 1970, Tan Sri Ghazali Jawi telah mengumumkan penubuhan Majlis Kebajikan Hal Ehwal Orang Asli. Penubuhan majlis itu bertujuan untuk memajukan taraf hidup orang asli di semua lapangan. Tan Sri Ghazali semasa berucap di majlis Hari Terbuka Orang Asli di Pusat Perubatan Orang Asli Ulu Gombak menyatakan, penubuhan majlis ini membuktikan bagaimana tingginya harapan dan cita-cita kerajaan terhadap orang asli di negara ini.  Menurut beliau, Majlis Kebajikan ini secara keseluruhannya bertujuan untuk:

  • menentukan taraf hidup, mutu kebudayaan dan kesenian orang asli.
  • membantu meninggikan pelajaran orang asli, terutama di peringkat sekolah menengah dan tinggi.
  • menyediakan biasiswa kepada anak-anak orang asli.
  • menyediakan sumber kewangan untuk kajian mengenai orang asli.

Sehubungan dengan penubuhan Majlis Kebajikan tersebut, kerajaan akan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi menguruskan perjalanan majlis tersebut. Penubuhan Majlis Kebajikan Hal Ehwal Orang Asli, diharapkan dapat membantu usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam membawa orang-orang asli hidup bersama di tengah-tengah masyarakat, serta penglibatan orang asli dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan bagi meninggikan lagi taraf hidup orang asli.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768