Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENUBUHAN MAJLIS KEBANGSAAN PERTUBUHAN WANITA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1963,  Majlis  Kebangsaan   Pertubuhan  Wanita  Persekutuan Tanah  Melayu  telah  ditubuhkan  pada  perhimpunan  Hari  Wanita yang  kedua  di  Kuala  Lumpur.  Penubuhannya  adalah  lanjutan  daripada  Perhimpunan  Hari  Wanita  yang  telah  diadakan  pada  25 Ogos  1962  yang  berjaya  menghimpunankan Pertubuhan-pertubuhan  wanita di  Persekutuan  Tanah  Melayu,  antaranya  Kesatuan Guru-Guru  Perempuan Persekutuan Tanah Melayu.  Berikutan  daripada  itu,  pada  tahun  1963  bertempat  di Dewan  Tunku  Abdul  Rahman,  Kuala  Lumpur,  satu  ketetapan  telah  dicapai  untuk  menubuhkan  sebuah  'Majlis  Wanita'  yang  dinamakan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Persekutuan Tanah Melayu pada satu  persidangan yang  dihadiri  oleh  wakil-wakil  pertubuhan  wanita  di  Persekutuan Tanah  Melayu  yang telah  dipengerusikan  oleh  Datin  Fatimah  binti  Haji  Hashim.  Sesungguhnya, Penubuhan Majlis ini telah menggalakkan penglibatan kaum wanita untuk turut memainkan peranan dalam pembangunan dan pembinaan negara yang merdeka.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768