Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Majlis Pentadbiran Institut Teknologi Mara

Pada hari ini dalam tahun 1970, penubuhan Majlis Pentadbiran Institut Teknologi Mara telah diumumkan dengan rasminya oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, YB Encik Abdul Ghafar bin Baba yang juga merupakan Pengerusi MARA. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi nasihat kepada Pengerusi MARA mengenai soal-soal pentadbiran, kewangan dan juga jenis-jenis kursus yang patut diajar di institut tersebut. Majlis ini dianggotai oleh 17 orang anggota dan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luar,  Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Encik Mansor Bin Osman sebagai Timbalan Pengerusi. Anggota-anggota Majlis termasuklah seorang pegawai MAGERAN, Encik Jamil Mohd Jan, Encik Abdullah Ayub dari Perbendaharaan, Encik Ishak Tadin Timbalan, Setiausaha Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, Encik Abdullah Salleh. Sementara beberapa orang pegawai tinggi dari syarikat-syarikat perusahaan tempatan juga dilantik menganggotai majlis tersebut. Majlis Pentadbir Institut Teknologi Mara akan mengadakan sidang pertamanya pada bulan Februari 1984 untuk membincangkan pelbagai aspek pentadbiran berkaitan Institut tersebut.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768