Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

Pada hari ini dalam tahun 1959, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu telah ditubuhkan di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.  Antara tanggungjawab Suruhanjaya ialah melantik,  mengesahkan dalam jawatan, mengesah dan memasukkan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata-tertib terhadap pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri. Tujuan dan kewajipan Suruhanjaya yang utama ialah memastikan pegawai-pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas dengan cergas dan lancar. Bagi memastikan perkara ini wujud, maka calon-calon yang dilantik ke sesuatu jawatan adalah yang terbaik  tanpa mengamalkan perbezaan warna kulit, ugama atau bangsa. Suruhanjaya juga akan menimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan akuan dan syor-syor Ketua-ketua Pejabat sepertimana yang ditetapkan dalam Fasal 38 dan Tertib Jawatan Am Penggal A. Bagi tindakan tatatertib, Suruhanjaya menjalankan tugas seperti mana yang telah ditentukan dalam Tertib Jawatan Am Penggal D.  Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu ini telah dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan selain melancarkan pengurusan jabatan kerajaan negeri Terengganu.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768