Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Unit Penyelidikan Dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia (Utm)

Pada hari ini dalam tahun 1982, Universiti Teknologi Malaysia telah menubuhkan Unit Penyelidikan dan Perundingan yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja Jawatankuasa Penyelidikan Perundingan dan Penyelarasan. Unit ini ditubuhkan ekoran daripada keperluan mengadakan pentadbiran pusat sumber dan juga galakan memajukan hasil penyelidikan di kalangan industri di samping mendokumentasikan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan.  Di antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada unit ini termasuklah:

  • Merintis dan meneroka bidang penyelidikan.
  • Menyelaras dan jika perlu melaksanakan kerja-kerja penyelidikan.
  • Memajukan dan menerbitkan hasil-hasil penyelidikan.
  • Menjadi punca sumber dan urusetia kepada semua kegiatan penyelidikan dan perundingan.
  • Menasihatkan senat mengenai dasar penyelidikan dan perundingan.

Walaupun unit ini diadakan untuk tujuan mengadakan penyelidikan namun tidak semua permohonan diterima. Setiap permohonan projek atau penyelidikan akan diteliti dan dihalusi sebelum diluluskan.  Ini adalah kerana Jawatankuasa Penyelidikan Perundingan dan Penyelarasan mahukan penyelidikan yang bermutu dan bersesuaian dengan kehendak dan keadaan yang wujud di negara ini.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768