Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

Pada hari ini dalam tahun 1971, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah ditubuhkan. Penubuhan tersebut adalah berasaskan penggabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Malaya yang ketika itu di bawah kelolaan Universiti Malaya. Tujuan penubuhannya adalah untuk memaju dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam bidang Pertanian, Perhutanan, Teknologi, Sains Kemasyarakatan, Bidang Kemanusiaan dan Pendidikan serta mengadakan penyelidikan untuk penyebaran pengetahuan. Kampus Universiti Pertanian Malaysia terletak di Serdang berhampiran dengan lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dengan keluasan 3,000 ekar. Universiti ini mempunyai 8 Fakulti seperti Fakulti Pertanian, Kejuruteraan Pertanian, Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Perikanan dan Sains Samudera, Ekonomi Sumber dan Perniagaan Tani, Sains dan Pengajian Alam Sekitar serta Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan berserta sebuah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan. UPM telah berjaya mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen yang telah berlangsung pada 30 Julai 1977. Berikutan dengan perkembangannya, pada 3 April  1997, Universiti Pertanian telah diberi nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk  Seri  Dr. Mahathir  bin Mohammad.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768