Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENUBUHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1972, Institut Teknologi Kebangsaan yang bertaraf Universiti, telah ditubuhkan. Berdasarkan sejarah perkembangannya, pada tahun 1925, Jabatan Kerja Raya telah menubuhkan Sekolah Teknik bagi melatih kakitangan teknikal jabatan tersebut. Beberapa jabatan lain turut menubuhkan Bahagian Latihan Teknik bagi keperluan jabatan masing-masing. Dalam tahun 1930, Sekolah Teknik Jabatan Kerja Raya dan semua bahagian latihan jabatan-jabatan lain, disatukan menjadi Pusat Latihan Teknik. Berasaskan Pusat Latihan Teknik ini maka terbentuklah Maktab Teknik pada 16 September 1946 atas cadangan Jawatankuasa Penasihat Sekolah Teknik dengan Jabatan Pelajaran. Semua kursus-kursus kejuruteraan telah diselaraskan oleh Maktab ini. Perkembangan kurikulum yang semakin pesat membolehkan Maktab ini diperakui oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada tahun 1969 yang kemudiannya dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan diberi taraf sebagai universiti.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768