Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penubuhan Yayasan Sabah

Pada hari ini dalam tahun 1966, Yayasan Sabah telah ditubuhkan di bawah Enakmen Dewan Undangan Negeri. Pengumuman perlancaran itu dibuat oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun, Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam. Penubuhan Yayasan Sabah bertujuan untuk:

  1. mengembangkan pelajaran dan kemudahan pelajaran di Sabah.
  2. menggalakkan kesedaran kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar Sabah.
  3. membantu meninggikan dan menyeimbangkan ekonomi di kalangan rakyat Sabah.
  4. memberi bantuan kepada Institusi dan badan-badan amal untuk memberi sumbangan terhadap bencana negara.

Di hari pelancaran tersebut juga, Tun Datu Mustapha telah dilantik menjadi Pengerusi Yayasan oleh Datuk Pengiran Haji Ahmad Rafaa iaitu menurut Undang-undang  Yayasan Sabah yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Sabah. Memandangkan pendidikan merupakan tumpuan utamanya, yayasan ini cuba memberikan keutamaan dalam membaiki kemudahan-kemudahan dalam bidang pelajaran, terutama pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajarnya yang belajar di Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia. Bantuan yang diberikan termasuklah bantuan yang berupa pinjaman luar bandar, pembelian buku teks, tiket penerbangan dan bayaran yuran peperiksaan. Sejak penubuhanya pada hari ini dalam tahun 1966, ia telah berjaya memajukan lagi bidang pelajaran di Sabah. Usahanya turut ditumpukan kepada badan-badan amal, kegiatan-kegiatan kebudayaan dan projek-projek masyarakat.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768