Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penyata Jawatankuasa Pelajaran Razak Diluluskan

Pada hari ini dalam tahun 1956, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan telah meluluskan ‘Penyata Jawatankuasa Pelajaran Razak’. Penyata tersebut telah disediakan oleh Jawatankuasa Pelajaran yang terdiri daripada 15 orang ahli dengan diketuai oleh Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Dasar ini disediakan bertujuan untuk mengimbangkan kemajuan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan dalam masa yang sama, membenarkan perkembangan bahasa dan kebudayaan lain-lain kaum di negara ini. Ketika membentangkan penyata pelajaran ini, Dato' Abdul Razak menyifatkan penyata tersebut sebagai asas kepada suatu sistem pelajaran kebangsaan dengan tujuan untuk membentuk satu rupa bangsa yang bersatu-padu di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768