Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Penyerahan Daerah-Daerah Takluk Reman Kepada Perak

Pada hari ini 16.07.1909, daerah-daerah negeri Perak, Taklukan Reman telah diserahkan secara rasmi oleh Siam kepada Perak. Penyerahan ini berlangsung di Klian Intan, hasil daripada Perjanjian Inggeris-Siam yang ditandatangani pada 9 Julai 1909. Wakil-wakil yang hadir untuk penyerahan ini terdiri dari E.W. Birch, Residen Perak, Hurbert Berkeley, Pegawai Daerah Ulu Perak, Datok Sri Andika Raja, Pembesar Perak dan Wan Hussin, Ampur Betong, Siam. Di upacara ini, wakil Siam, Wan Hussin telah membacakan surat penyerahan tersebut dan menyerahkan kuasa ke atas daerah-daerah Perak. Di samping itu juga, upacara menaikkan bendera negeri Perak telah dijalankan. Pada 1818 tahun, Kedah telah menyerang Perak. Kesempatan ini telah diambil oleh Reman, sebuah kerajaan di Patani untuk menceroboh Perak dan mengerjakan lombong bijih timah di Klian Intan secara haram. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan Sultan Perak dan berlaku peperangan, di mana Reman berjaya menguasai beberapa daerah di Hulu Perak. Apabila Siam menguasai Reman, daerah-daerah di Perak ini turut ditaklukinya. Sehinggalah diserahkan secara rasmi pada hari ini dalam 1909.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768