Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENYERAHAN KUASA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA

Pada hari ini dalam tahun 1958, telah berlangsungnya upacara bersejarah penyerahan Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) kepada  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura yang telah diwakili oleh Gabenor Sir William Goode dan Ketua Menteri, Encik Lim Yew Hock dengan rasminya telah menyerahkan seluruh pentadbiran Royal Malayan Navy kepada Persekutuan Tanah Melayu. Penyerahan kuasa ini telah diterima oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Dato' Abdul Razak Hussein. Royal Malayan Navy ditubuhkan oleh pihak British bertujuan memperkuatkan lagi Tentera Laut British dalam usaha mempertahankan perairan Semenanjung Tanah Melayu. Dengan penyerahan kuasa tentera ini maka berakhirlah kekuasaan Kerajaan British ke atas perairan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1939.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768