Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Peraduan Menamakan Kereta Nasional Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1984, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Perindustrian Berat Malaysia (HICOM), Encik Mohd. Saufi Hj. Abdullah telah mengumumkan peraduan `Menamakan Kereta Nasional Kita Yang Pertama'. Encik Saufi menjelaskan, peraduan tersebut akan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menamakan model pertama yang akan dikeluarkan pada September 1985. Hadiah berupa sebuah kereta 1300 c.c. akan diberikan kepada peserta yang berjaya. Pada 1 September 1985, Staf Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Division di Pulau Pinang telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain. Perkataan `Saga' yang dipilih berserta dengan penerangan yang diberikan beliau telah menarik perhatian para juri untuk memilih beliau sebagai pemenang. Sebagai langkah memperkenalkan kereta Nasional yang pertama itu, satu program `Sagarama' menjelajah ke seluruh negara telah diadakan selama 20 hari. Pada 1 September 1985, YAB Perdana Menteri telah melancarkan pemasaran Proton Saga yang pertama. Menurut beliau, kereta Nasional besar ertinya kerana ianya merupakan langkah ke arah menegakkan maruah bangsa. Semua yang diusahakan oleh manusia bermula dengan satu titik permulaan. Ternyata pada hari ini titik permulaan yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri telah menjadi kenyataan. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768