Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Akademik Laut Malaysia

Pada hari ini dalam tahun 1981, Akademi Laut Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Akademi ini terletak di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru Melaka itu dan dibina di atas tapak seluas 46 ekar. Dalam ucapannya,  beliau menegaskan bahawa Malaysia memerlukan kira-kira 14,400 guna tenaga pelaut dalam tempoh 10 tahun akan datang ke arah menjadikan negara ini sebuah 'negara perlautan' yang berkemampuan. beliau turut menyerahkan Piagam Akademik kepada Pengerusi Yayasan Latihan dan Pelajaran Perlautan Bagi Para Pelaut (Mates Foundation), Tan Sri Datuk Ngah Mohamad yang menandakan kenaikan taraf pusat itu yang dahulunya bertaraf pusat latihan kepada taraf sebuah akademik yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut:

  • mengendalikan kursus-kursus profesional  serta peperiksaan yang berkaitan dalam bidang perkapalan dan kelautan,
  • menerbit dan mencetak bahan-bahan bacaan berkenaan dengan bidang perkapalan dan kelautan,
  • menjalankan penyelidikan dalam bidang perkapalan dan kelautan.

Perasmian Akademi Laut Malaysia ini diharap dapat meningkatkan industri perkapalan selaras dengan kepesatan pembangunan negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768