Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN ASRAMA SEMAI BAKTI KELANA JAYA

Pada hari ini dalam tahun 1990, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Asrama Semai Bakti di Kelana Jaya.  Asrama yang serba moden dan lengkap ini mampu menampung kira-kira 400 orang pelajar, disediakan untuk kemudahan anak-anak peneroka yang keluar dari kawasan Felda untuk menyambung pelajaran di bandar.  Menurut Perdana Menteri, pendidikan merupakan keperluan utama kepada kemajuan sesebuah negara. Menurutnya lagi, bagi memastikan negara terus pesat membangun, tenaga mahir yang berpengetahuan dan terlatih perlu disediakan, dan anak-anak peneroka diseru untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan menyiapkan diri ke arah itu. Kemudahan yang disediakan ini, jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan dan pihak pengurusan Felda untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak peneroka Felda.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768