Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Balai Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM)

 

 

Pada hari ini dalam tahun 1973, Balai Islam Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) yang berharga $350,000 di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Haji Abdul Razak Hussein. Pembukaan Balai Islam ini menandakan setapak lagi kemajuan yang dicapai oleh PERKIM dalam usahanya mengembangkan Agama Islam yang maha suci. Dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak Hussein berharap dengan pelancaran Balai Islam ini, PERKIM akan dapat melipat gandakan usaha dan perjuangannya menjaga kemurniaan dan kebesaran agama Islam serta dasar-dasarnya yang progresif bagi keselamatan hidup manusia dunia dan akhirat. Adalah diharapkan juga supaya saudara-saudara Islam akan menggunakan dengan sepenuhnya Balai Islam ini sebagai tempat untuk membincangkan masalah hari-hari yang berhubung dengan kehidupan dan agama. Sesuai dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Tun Abdul Razak menyeru supaya badan-badan dan pertubuhan Islam seperti Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Pusat Penyelidikan Islam, Institut Dakwah, Institut Pengajian Al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah, Fakulti Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Universiti Malaya mengadakan pertalian yang rapat, dalam usaha mengembangkan ajaran-ajaran Islam dengan sebaik-baiknya bagi masyarakat di negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768