Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN IBUSAWAT ELEKTRIK TELEFON SHAH ALAM

Pada hari ini dalam tahun 1979, Ibusawat Elektronik Telefon Shah Alam dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.   Projek Ibusawat Elektronik Telefon Shah Alam merupakan Projek Jabatan Telekom bagi memajukan lagi sistem telekomunikasi di Negeri Selangor dalam Rancangan Malaysia Ketiga.  Ibusawat ini dilengkapkan dengan 12 ribu talian dan mempunyai lebih 51 ribu pelanggan telefon di mana 99.5 peratus daripadanya telah menikmati kemudahan panggilan Terus Dail (STD) bagi membuat perhubungan dengan dunia luar secara automatik.   Dengan pembinaan lebih banyak ibusawat telefon di negara ini adalah diharapkan perkhidmatan telefon dinegara ini bertambah baik untuk melicinkan lagi perjalanan jentera pentadbiran kerajaan, perdagangan, industri dan aktiviti-aktiviti sosial.  Malah perkhidmatan telefon pada masa ini bukan lagi merupakan perkhidmatan mewah dibanding dengan kemajuan pesat yang dialami sekarang.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768