Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

16
Jan
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN INSTITUT BIOTEKNOLOGI MELAKA

Pada hari ini dalam tahun 2005, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan Institut Bioteknologi Melaka di Ayer Keroh. Bangunan bernilai RM8.2 juta ini ditubuhkan bertujuan untuk mempromosi dan memperbaharui bahagian Penyelidikan dan Pembangunan serta Industri berasaskan Bioteknologi dan diuruskan oleh Perbadanan Bioteknologi Melaka. Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan melancarkan Dasar Bioteknologi Negara bagi memperincikan hala tuju pembangunan industri berasaskan bioteknologi secara meluas. Tambahnya, sains dan teknologi seharusnya memberi pulangan dalam tiga aspek kepada rakyat iaitu keuntungan kewangan, peningkatan kualiti hidup serta menambah pengetahuan dan keupayaan diri.  Perasmian institut ini diharap dapat membuka mata rakyat mengenai pentingnya bioteknologi sebagai pemangkin kepada penghasilan sumber kekayaan dan pendapatan baru kepada rakyat dan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768