Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN INSTITUT JANTUNG NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 1993, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah merasmikan Institut Jantung Negara (IJN) yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. IJN   siap dibina sepenuhnya pada Jun 1992 dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keperluan asas perubatan. Berucap di majlis itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa piawaian bagi mengukur mutu perkhidmatan serta kemudahan di hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara harus diseragamkan. Menurut beliau, langkah itu boleh meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua-dua jenis hospital itu bagi mengelakkan kelalaian dan kecuaian. Dengan perasmian Institut Jantung Negara ini  diharap mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik serta dapat  mempertingkatkan taraf kesihatan di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768