Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan

Pada hari ini dalam tahun 1965, Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.  Turut hadir di upacara ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Sardon Hj. Jubir; Menteri Kerja Raya, Pos dan Talikom Datuk Sambanthan, tetamu kehormat dan orang ramai. Jambatan sepanjang 2,980 kaki dengan kelebaran 80 kaki itu telah dibina pada bulan September 1962. Selain daripada laluan kenderaan di sebelah kiri dan kanan, jambatan berkenaan juga disediakan laluan bagi pejalan kaki dan beca. Jambatan yang bernilai kira-kira lima juta ringgit ini telah menghubungkan Bandar Kota Bharu dan Pasir Pekan serta kawasan di seberang Sungai Kelantan iaitu Jajahan Pasir Mas dan Tumpat. Dengan adanya jambatan ini penduduk-penduduk yang melebihi 20,000 orang di sekitar jajahan berkenaan telah mendapat kemudahan asas yang amat diperlukan.  Tempoh masa perjalanan telah menjadi singkat dan cepat berbanding dengan penggunaan bot-bot bagi memunggah barang-barang dan mengangkut penumpang. Hasil-hasil tempatan dan perniagaan telah dapat dipasarkan dengan lebih banyak di bandar Kota Bharu dan meningkatkan mata pencarian penduduk tempatan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768