Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
PERASMIAN KEJOHANAN ‘MR. ASEAN 80’
Pada hari ini dalam tahun 1980, Kejohanan "Mr. ASEAN 80", dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Encik Mohd. Adib Haji Adam. Kejohanan Bina Badan ASEAN yang diadakan di Sekolah Menengah Pay Fong, merupakan anjuran Persatuan Angkat Berat dan Bina Badan Melaka. Buat pertama kalinya, Malaysia diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan ini. Sebelum itu, kejohanan Bina Badan ASEAN pertama dan kedua telah diadakan di Singapura pada tahun 1976 dan 1977 manakala pada 1978, kejohanan berlangsung di Indonesia dan pada 1979, di Bangkok, Thailand. Kejohanan diadakan bertujuan untuk memilih bakal juara bina badan atau “MR. ASEAN”. Kejohanan ini disertai oleh negara-negara anggota ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. Kejohanan ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia dan seluruh rakyat negara ini kerana diberi kepercayaan untuk mengelolakan kejohanan yang bertaraf antarabangsa.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia