Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN KILANG GETAH KOPERASI PEKEBUN-PEKEBUN KECIL RISDA

Pada hari ini dalam tahun 1981, Kilang Getah Koperasi Pekebun-pekebun Kecil RISDA di Dewan Bandaran Ipoh telah dirasmikan oleh YB Datuk Sri Shariff Ahmad, Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kilang yang berharga RM700,00 itu adalah satu usaha pihak pekebun kecil RISDA untuk meneroka industri perkhidmatan bagi faedah-faedah kaum peneroka sendiri untuk jangka masa panjang. Strategi ini bagi membolehkan pekebun-pekebun kecil ataupun generasi muda daripada pekebun kecil meneroka bidang perusahaan perkhidmatan. Sekaligus membolehkan mereka mempelbagaikan aktiviti penghasilan pendapatan dan tidak bergantung semata-mata kepada pekerjaan menoreh getah. Menurut Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah tersebut, RISDA juga telah diarah supaya meluaskan peluang kepada anak-anak pekebun kecil dengan menghantar mereka ke luar negara bagi mengikuti kursus-kursus dalam bidang-bidang teknikal dan iktisas. Beliau juga berharap agar semua Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah seperti FELDA, FELCRA, Jabatan Ukur dan agensi negeri Perak supaya menggunakan perkhidmatan kilang ini dalam kerja-kerja percetakan mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi koperasi pekebun-pekebun kecil getah demi kepentingan pekebun-pekebun kecil sendiri.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768