Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN KOMPLEKS PEJABAT PELABUHAN MELAKA

Pada hari ini dalam tahun 1965, Kompleks Pejabat Pelabuhan Melaka, dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Turut hadir di majlis perasmian ini ialah Ketua Menteri Melaka, Encik Abdul Ghaffar Baba, Menteri Kerjaraya Pos dan Telekom, Dato V.T. Sambanthan, Menteri Pengangkutan, Dato’ Sardon Jubir dan Menteri Kesihatan, Encik Bahaman Shamsuddin.  Bangunan baru ini menyediakan ruang pejabat yang lebih selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kompleks pejabat yang berharga RM653,000 ini menempatkan beberapa pejabat kerajaan iaitu pejabat Kastam, Imigresen, Perikanan, Jabatan Laut dan Jabatan Kesihatan Pelabuhan. Penempatan agensi-agensi ini dapat memberi kemudahan dan menjimatkan masa orang ramai dalam menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan. Dengan adanya Kompleks Pejabat Pelabuhan Melaka ini, perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan dapat diberikan khasnya kepada penduduk-penduduk di negeri Melaka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768