Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN KONVENSYEN DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM

Pada hari ini dalam tahun 2007, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (KDMDI) ke-8 di Melaka. Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri menyarankan agar kelompok Melayu dalam DMDI menjadi satu bangsa yang berusaha ke arah kecemerlangan dan bergerak bersama untuk meningkatkan matlamat pencapaian.  Kira-kira seramai 1,000 peserta dari pelbagai negara termasuk Afrika Selatan, Australia, China, Kemboja, Sri Lanka, Filipina, Indonesia dan Malaysia menyertai konvensyen tersebut. Pada majlis ini, Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menganugerahkan kepada Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Anugerah Mansur Shah DMDI yang dinamakan sempena kecemerlangan Empayar Kesultanan Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Turut menerima anugerah ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Gabenor Kepulauan Riau (Kepri) Drs Ismeth Abdullah dan anggota kongres Filipina, Datuk Pax S.Manggudadatu yang menerima Anugerah Tun Perak DMDI.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768