Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN MAKTAB PERHUTANAN KEPONG

Pada hari ini dalam tahun 1973, YAB Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan Maktab Perhutanan Kepong. Maktab ini telah ditubuhkan pada tahun 1972, di bawah Rancangan Malaysia Kedua dengan bantuan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Food and Agriculture Organisation) dan Institut Teknologi MARA. Maktab Perhutanan ini menyediakan kursus peringkat diploma selama 3 tahun dan seramai 30 orang penuntut diambil pada setiap tahun. Maktab yang terletak dalam kawasan Institut Penyelidikan Perhutanan Kepong ini, ditadbir oleh Bahagian Latihan dan Fungsi-fungsi Khas, Jabatan Perhutanan. Maktab Perhutanan ini diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan alam sekitar serta mampu menjalankan pengawasan yang teliti dan sekata terhadap kegiatan-kegiatan membalak dalam usaha memelihara hutan negara untuk menjamin penggunaan hutan yang lebih sempurna pada keseluruhannya

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768