Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN MASJID KHALID BIN AL-WALID

Pada hari ini dalam tahun 2013, Seri Paduka Baginda Yang Di_Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan berangkat hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian Masjid Khalid Bin Al-Walid (MKWK) Kementerian Pertahanan di Padang Tembak, Kuala Lumpur. Masjid Khalid Bin Al-Walid dibina bagi menggantikan masjid lama yang kecil dan usang. Masjid ini telah memulakan operasinya pada September 1985. Kerja-kerja menaik taraf Masjid Khalid Bin Al-Walid telah dimulakan pada 2 Julai 2007. Masjid yang boleh memuatkan 10,000 orang jemaah ini siap sepenuhnya pada 5 Julai 2011. Masjid baru serba putih di luar dan di dalam masjid ditambah pula dengan penjagaan rapi dari segi landskap dan hiasan dalaman, menjadikannya diantara masjid yang cantik dan moden di Kuala Lumpur. Penubuhan Masjid Khalid Bin Al-Walid ini seiring dengan pemodenan dan kepesatan pembangunan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768