Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Feb
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Menamakan Empat Buah Kapal Terbang Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia

Pada hari ini dalam tahun 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan nama empat buah kapal terbang milik Angkatan Tentera Udara Diraja. Kapal-kapal terbang ini dinamakan bersempena dengan nama-nama burung iaitu:

  1. Sebuah kapal terbang jenis Cessna dinamakan Tirok
  2. Tiga buah kapal terbang jenis De Harilland pula setiap satunya diberi nama Merbok, Punai dan Terkukur.

Upacara ini telah diadakan di pangkalan Angkatan Tentera Udara di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Hussien dan Panglima Angkatan Tentera Udara Diraja Malaya, Group Captain J.N. Stancey. Kapal-kapal terbang yang dirasmikan namanya pada hari ini dalam tahun 1961, menjadi aset yang sangat penting kepada Pasukan Tentera Udara dalam menghadapi ancaman komunis yang masih berleluasa pada ketika itu. Kapal terbang ini akan dapat membantu pihak tentera mempercepatkan operasi menghapus kegiatan komunis di negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768