Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN MUZIUM KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 2006, Muzium Kastam Diraja Malaysia yang terletak di tepi Sungai Melaka di Bandar Hilir telah  dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Muzium tersebut diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM1.75 juta untuk menaik taraf bangunan yang sebelum ini adalah merupakan sebuah gudang.   Bandar Melaka telah dipilih sebagai lokasi  Muzium ini kerana  sejarah kastam mula dikesan secara bertulis ketika era  zaman Kesultanan Melayu Melaka. Muzium tersebut dibuka secara percuma kepada orang ramai. Antara barangan yang dipamerkan di muzium tersebut ialah buku-buku sejarah, barangan rampasan, pakaian seragam kastam, senjata dan pelbagai peralatan lama kastam. Sesungguhnya penubuhan  muzium ini telah menambah satu lagi produk pelancongan yang menarik dan akan meningkatkan jumlah  pelancong dalam dan luar negara ke negeri Melaka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768