Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN PEMBUKAAN JALANRAYA KUALA LUMPUR – PORT SWETTENHAM (PELABUHAN KLANG)

Pada hari ini dalam tahun 1959, satu lagi jalan baru dibuka yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham (Pelabuhan Klang). Upacara perasmian jalan baru ini dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Encik Sardon b. Haji Jubir. Turut sama di majlis perasmian itu ialah Pengarah Kerja Raya, Tuan R. E. Pitt. Jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Port Swettenham ini menghubungkan dua bandar, iaitu Petaling Jaya dan Sungai Way. Sebanyak $2 Juta diperuntukkan untuk pembinaan jalan raya ini. Kini penduduk di kedua-dua tempat ini boleh dihubungi dengan lebih cepat iaitu kira-kira 60 batu sejam berbanding dengan jangka masa yang lebih lama diambil sebelumnya. Kemudahan yang disediakan ini akan membantu mempercepatkan lagi hubungan di antara kedua-dua tempat serta dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di Port Swettenham dan Kuala Lumpur. Selain itu bandar-bandar seperti Petaling Jaya serta Sungei Way dapat dibangunkan dan seterusnya kegiatan ekonomi di kawasan-kawasan ini akan terus meningkat dan berkembang maju. 

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768