Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Nov
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN PEMBUKAAN SEKOLAH PERTANIAN SERDANG

Pada hari ini dalam tahun 1931, Sekolah Pertanian Serdang telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu, Sir John Scott. Pembinaan sekolah yang berharga $370,000 ini mengambil masa selama 18 tahun. Upacara perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada bulan Mac 1930. Bangunan sekolah ini di reka bentuk oleh arkitek dari Jabatan Kerja Raya dan mampu menampung seramai 80 orang penuntut. Buat permulaan, sekolah ini akan mengendalikan kursus peringkat diploma dan sijil. Sekolah pertanian ini bakal melahirkan siswazah dengan kelulusan bidang pertanian. Sekolah Pertanian Serdang ini kemudiannya dinaik taraf kepada Maktab Pertanian Malaya pada 3 Jun 1947 dan seterusnya diisytihar menjadi Universiti Pertanian Malaysia mulai 4 Oktober 1971.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768