Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA KUANTAN

Pada hari ini dalam tahun 1968, Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia Kuantan, dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah. Pengkalan ini merupakan Pengkalan Jet Tentera Udara DiRaja Malaysia yang pertama didirikan di Malaysia dan terbesar di Pantai Timur. Pengkalan ini terletak 9 batu dari bandar Kuantan dan dilengkapi dengan jet-jet laju seperti Jet Tabuan dan helikopter dari jenis Sikorsky. Pembukaan pengkalan ini adalah sebagai persiapan kerajaan untuk mengambil alih teraju kepimpinan dan perkhidmatan Tentera Udara British yang akan tamat perkhidmatannya pada tahun 1971. Tentera Udara British telah berkhidmat menjaga keamanan negara ini dan melatih tentera-tentera tempatan semenjak sebelum merdeka. Kuantan dipilih sebagai pusat pengkalan jet tentera udara berikutan kedudukkannya yang strategik dan terletak di tengah-tengah Malaysia. Dengan adanya pengkalan ini dapat mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan demi keamanan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768