Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Back

Perasmian Persidangan Antarabangsa Junior Chamber Yang Ke-9

Pada hari ini dalam tahun 1959,  YAB Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Pemangku Perdana Menteri Tanah Melayu telah merasmikan Persidangan Antarabangsa Junior Chamber yang Ke-9 bagi kawasan Asia di Kuala Lumpur.  Persidangan yang di adakan di Dewan Tunku Abdul Rahman ini telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati-pemerhati dari lebih 14 buah negeri.  Turut hadir di persidangan ini ialah Encik Regiro Hattori, Naib Presiden Pertubuhan bagi Kawasan Asia, Encik Loh Yit Lock, Presiden Junior Chamber di Kuala Lumpur dan Encik H.M.S. Ali, Presiden Junior Chamber Tanah Melayu.   Dalam ucapan pembukaan, YAB Dato’ Abdul Razak merasa bangga memandangkan perkumpulan ini telah berbakti kepada masyarakat, disamping itu juga dapat menyatu-padukan penduduk Tanah Melayu tanpa mengira bangsa atau perbezaan kebudayaan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768