Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Persidangan Hakim-Hakim

Pada hari ini dalam tahun 1969, Menteri Kehakiman iaitu Encik Bahaman bin Samsuddin telah merasmikan Persidangan Hakim-hakim di Universiti Malaya. Persidangan itu telah dihadiri oleh hakim-hakim dari seluruh Malaysia. Tujuan persidangan tersebut adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan serta meninggikan mutu sistem perundangan di negara ini. Sehubungan itu, Encik Bahaman menyarankan supaya sistem perundangan di negara ini perlu diulangkaji semula sesuai dengan perkembangan kemajuan di negara ini. Selain dari itu Encik Bahaman juga mengumumkan tentang rancangan kerajaan untuk memperbaiki bangunan mahkamah di seluruh negara dan bangunan-bangunan mahkamah yang lama akan digantikan dengan yang baru. Beliau turut menyeru supaya hakim-hakim di negara ini dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan penuh adil, cekap dan amanah. Sesungguhnya Persidangan Hakim-hakim yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1969 merupakan usaha para hakim untuk meninggikan sistem perundangan di negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768