Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

25
Jun
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PESTA PERABOT ANTARABANGSA PERSATUAN PERABOT ASIA (AFIA) DIRASMIKAN

Pada hari ini dalam tahun 1980, Pesta Perabot Antarabangsa Persatuan Perabot Asia (AFIA) berlangsung di Changkat Pavillion Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Utama, Datuk Paul Leong. Pesta yang pertama seumpamanya ini merupakan anjuran Persatuan Pekilang dan Peniaga Perabot Malaysia dengan kerjasama Inteams Sdn. Bhd. Pesta yang berlangsung selama 15 hari bertujuan untuk memajukan industri perabot di rantau ini kepada para pengimport, disamping bertujuan untuk memperkenalkan hasil keluaran terbaru bagi pasaran Asia. Lebih 40 buah syarikat turut serta dalam pameran perabot-perabot keluaran tempatan dan yang diimport. Melalui pesta ini juga dapat memperkenalkan perabot-perabot bermutu dan memenuhi citarasa para pengguna. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Paul Leong menggesa para pekilang perabot Malaysia meluaskan kegiatan mereka ke pasaran perabot dunia. Ini kerana Malaysia kaya dengan sumber-sumber tempatan seperti kayu dan rotan yang banyak terdapat di negara ini, dan diharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang terkenal dalam pengeluaran perabot di rantau ini.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768