Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN RANCANGAN PERAIRAN PAHANG TUA

Pada hari ini dalam tahun 1966, Rancangan Perairan Pahang Tua, dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah. Rancangan perairan ini merupakan yang terbesar sekali pernah dilaksanakan oleh Jabatan Parit dan Tali Air Negeri Pahang di bawah Rancangan Pembangunan lima tahun peringkat yang kedua dengan menelan belanja sebanyak 1.7 juta ringgit. Dijangka seluas 3,456 ekar kawasan penanaman padi akan mendapat bekalan air secukupnya dengan kemudahan penanaman padi dua kali setahun. Selain itu, 34 buah binaan konkrit yang berupa pintu kawalan air, turut dibina dan saluran-saluran parit sepanjang 12 batu panjang disediakan untuk mengeringkan air yang berlebihan dalam sawah padi. Dengan pembinaan Perairan Pahang Tua ini, usaha-usaha penanaman padi di negeri Pahang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur dalam usaha memberi hasil yang lebih baik kepada petani-petani.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768