Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SAS), PUTRAJAYA

Pada hari ini dalam tahun 2006, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian dan pertukaran nama Sekolah Alam Shah (SAS) kepada Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) di Putrajaya. Nama baru itu diambil bersempena dengan nama nenda baginda Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah Atiqullah, Sultan Selangor ketujuh. Sejarah penubuhan Sekolah Alam Shah (SAS) bermula di Jalan Tenteram, Cheras, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Putrajaya pada tahun 2003. Penubuhannya merupakan antara hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956. Sekolah ini merupakan antara institusi pendidikan harapan negara dalam mendidik dan melahirkan insan berjaya dalam semua aspek serta berkemampuan memimpin negara pada masa akan datang. 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768