Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN SEMINAR LULUSAN MAKTAB MARA OLEH Y.A.B. TUN ABDUL RAZAK

 

Pada hari ini dalam tahun 1967, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak telah merasmikan pembukaan Seminar Lulusan Maktab MARA yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor. Seminar ini diadakan bagi mendedahkan lulusan-lulusan Maktab MARA kepada lapangan perniagaan dan perusahaan. YAB Tun Abdul Razak dalam ucapannya menyeru anak-anak bumiputera mendapatkan latihan perniagaan dan sanggup berdikari supaya mereka berani menceburkan diri dalam bidang ekonomi negara serta bersedia menghadapi cabaran dan persaingan dari dalam dan luar negara. Beliau juga menyifatkan pelajar-pelajar lulusan Maktab MARA ini sebagai bakal peneraju industri perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya melalui seminar seumpama ini, dapat memberi keyakinan kepada bumiputera untuk maju dalam bidang ekonomi dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768