Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Seminar Majlis Belia Asia Mengenai Pembangunan Antarabangsa (BRANDT COMMISSION)

Pada hari ini dalam tahun 1980, Seminar Majlis Belia Asia mengenai pembangunan antarabangsa telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Seminar ini dianjurkan oleh Majlis Belia Asia (MBA) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Froedrich Nauman Foundation. Ia dihadiri oleh para peserta dari 14 buah negara yang bergabung dengan MBA iaitu terdiri dari negara-negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Seminar yang diadakan selama lapan hari ini akan membincangkan isu-isu antarabangsa yang berkaitan dengan pembangunan (Brandt Commission Report On International Development Issues). Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, jawapan kepada krisis dunia sekarang ialah menyusun semula ekonomi dunia secara sistematik dan bekerjasama menubuhkan Dasar Ekonomi Baru Antarabangsa berlandaskan kehendak dan aspirasi negara membangun. Turut hadir dalam upacara perasmian ini ialah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, YB Datuk Mokhtar Hashim dan Mr. Hakon Mankenfors wakil dari Froedrich Naumann Foundation. Seminar kali ini diharap akan dapat membawa satu perubahan besar terhadap sektor ekonomi negara-negara membangun.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768