Juga Pada Hari Ini..
-
SENIWATI SALOMA MENINGGAL DUNIA
-
PERTEMUAN SULTAN ISMAIL DENGAN J.W.W. BIRCH MENGENAI ALAT-ALAT KEBESARAN NEGERI PERAK
-
PERASMIAN RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULOH
-
Persidangan Pertanian Malaya Yang Pertama
-
Prevention Of Crime (Amendment) Bill Passed
-
Mesyuarat Ke-3 Menteri-Menteri Sains Asean
-
Persidangan 'Meja Bulat Bangsa Melayu' Oleh Tiga Buah Pertubuhan Melayu
-
Tahun Teknologi Getah 1991
-
Persidangan Gabenor-Gabenor Bank Pembangunan Asia Ke-7
-
Persidangan Pertanian Malaya Yang Pertama
-
Hari Mengundi 1964
-
Sultan Johor Kembali Dari Aceh Ke Batu Sawar
Peristiwa
Perasmian Seminar Majlis Belia Asia Mengenai Pembangunan Antarabangsa (BRANDT COMMISSION)
Pada hari ini dalam tahun 1980, Seminar Majlis Belia Asia mengenai pembangunan antarabangsa telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Seminar ini dianjurkan oleh Majlis Belia Asia (MBA) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Froedrich Nauman Foundation. Ia dihadiri oleh para peserta dari 14 buah negara yang bergabung dengan MBA iaitu terdiri dari negara-negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Seminar yang diadakan selama lapan hari ini akan membincangkan isu-isu antarabangsa yang berkaitan dengan pembangunan (Brandt Commission Report On International Development Issues). Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, jawapan kepada krisis dunia sekarang ialah menyusun semula ekonomi dunia secara sistematik dan bekerjasama menubuhkan Dasar Ekonomi Baru Antarabangsa berlandaskan kehendak dan aspirasi negara membangun. Turut hadir dalam upacara perasmian ini ialah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, YB Datuk Mokhtar Hashim dan Mr. Hakon Mankenfors wakil dari Froedrich Naumann Foundation. Seminar kali ini diharap akan dapat membawa satu perubahan besar terhadap sektor ekonomi negara-negara membangun.